Sep 21, 2011

bicara kita


setiap apa yang kita cakap
setiap perkataan yang kita keluarkan
membawa maknanya yang tersendiri
tanpa kita sedar kadang-kadang kata-kata yang kita luahkan
indah dan sangat bererti
kadang-kadang sehingga menusuk hati tanpa kita sangka
aku tak pandai nak bagi ayat yang berbunga-bunga
tapi cukup untuk aku katakan yang setiap bicara kita
perlu berhati-hati
walaupun kita ni hebat berbahasa tapi tak ada maknanya kalau
bahasa kita itu sendiri sebenarnya membuatkan
orang lain terluka dan tersentuh
walaupun kita ini pandai setinggi gunung kinabalu pon
kita kena ingat bahawa kata-kata kita tuh kena jaga


selalunya orang suka berbicara sesuatu bnda yang
AUTA daripada FAKTA
ini mungkin untuk menyedapkan sesebuah cerita
sehingga membuat kan orang lain tertarik untuk mendengar
sekaligus membuatkan orang lain berprasangka buruk kepada kita
sebelum kita memulakan bebicara
pastikan cerita yang kita nak sampaikan tuh
betul dan tepat supaya orang lain
memikirkannya sebagai sesuatu yang logik
tak perlulah kita menokok nambah cerita untuk menyedapkannya
sehingga membuatkan orang yang mengetahui cerita sebenar
berasa tidak senang hati dengan sikap kita
dan kalau orang yang tahu pon terasa inikan pula orang yang tak
tahu cerita sebenar sudah pasti macam2 andaian ada dalam
kepala otak depa,,,

untuk bercakap lebih aku pon tak pandai
tapi kita pelu pikir yang orang lain pon ada jantung,hati,peparu
dan paling penting PERASAAN..
aku tak kata la yang aku nih sebenarnya baik sangat
aku pon ada salah jugak
tapi tak perlulah kita ceritakan sesuatu benda tuh yang kita
tak pasti betul atau tak kepada orang lain
kerana ianya akan menjatuhkan maruah orang tersebut
niat di hati mungkin untuk memberi nasihat
tapi orang yang menilai,,,hanya allah yang tahu
perasaannya,,
aku hanya insan yang kerdil untuk bercakap
soal ini tapi aku pon ada cerita yang nak dikongsikan


setiap orang ada melakukan kesilapan,,
itu yang aku selalu ingat
sebab aku tahu aku pon ada buat salah
nasihat untuk korang dan untuk aku jugak,,

=)

No comments: