Oct 22, 2011

sedih aku baca kisah nyh....







 kisah percintaan aku dan dia

Aku rasa semua orang pernah bercinta.. tak kira tua atau muda atau aper bangsa itu sendiri. Tuhan sudah anugerahkan manusia untuk menyayangi seseorang atau pun di sayangi oleh sesiapa saja. Tak kira oleh keluarga , kawan – kawan atau insan lain.

Apa yang aku nak coretkan kat sini , adalah kisah hidup aku.. kisah cinta aku..



Biarlah aku namakan aku sebagai Z dan dia sebagai N. aku rasa itu sudah memadai buat semua users. Aku mengenali N semasa aku meyambung pelajaran selepas SPM. Aku diterima masuk di pusat pengajian awam di Ipoh. Aku berkenalan dengan N setelah sebulan aku disana. Kami berkenalan di dalam IRC. Tidak aku sangka perkenalan itu telah membibitkan rasa cinta antara kami.

Tapi sebelum itu kami telah bersemuka. Cantik orang nya , comel dan ayu. Pada mulanya aku hanya menganggap aku bertepuk sebelah tangan dan tidak menaruh apa – apa harapan. Mungkin sudah rezeki aku N sudi menerima diri aku. Gembira tak terhingga , angau dibuatnya. Mana taknya , masa tu ramai jantan yang ngorat dia dan aku yg dia pilih , bangga la jugak. Mandi tak basah makan tak kenyang la orang kata.

Hubungan kami berjalan lancar , gaduh sikit – sikit tu biasa la kan. Setelah hubungan kami berusia setahun N mengajak aku bertemu dengan orang tuanya. Takutlah juga tapi beranikan diri jer la dan tawakal. Alhamdulillah hubungan kami direstui asalkan tahu menjaga tertib sabagai orang melayu. N jugak sudah bertemu dengan orang tua aku.

Kiranya tiada masalah bagi kedua – dua belah pihak. Lagipun semasa di semester 3 orang yang paling aku sayang ibu aku meninggal dunia sakit asma. Masa tu aku kat ipoh , dua minggu aku tak jumpa arwah ibu dan tiba – tiba dapat berita kematiannya. Sedih tak terhingga . aku tak sempat nak mohon maaf kat ibu aku. Masa inilah N banyak membantu aku. Menghilangkan kesedihan aku , memberi aku semangat untuk meneruskan hidup aku. Sekurang – kurang nya aku ada tempat nak menghilangkan kesedihan aku. N banyak membantu aku , sebab itulah aku terlalu sayangkan dia. Aku berterima kasih kepada dia kerana sudi menerima diri aku.

Selepas itu kami meneruskan pengajian masing – masing dan hubungan kami bertambah akrab.Aku mengambil khusus diploma dan N khusus sijil. Jadi N tamat pengajian dulu dan aku meneruskan pengajian lagi setahun. Sedih la juga sebab terpaksa berjauhan tapi nak buat macam mana , itu la cabaran orang bercinta agaknya. Sebulan sekali kami berjumpa. Itu pun dirumahnya , mak N lebih suka macam tu , lebih baik jumpa depan mak nya kan. Lagi pun rumah N dekat Taiping jadi tidak jauh sangat.

Selepas 6 bulan N mendapat tawaran menyambung pelajaran IPTS di Petaling Jaya. Bagi aku peluang itu hanya sekali jadi aku membenarkan N pergi ke sana. Mula – mula tu berat la jugak sebab kami akan bertambah jauh dan aku rasa semua users tahu hidup kat KL macam manakan. Aku di ipoh dan N di KL. Lagipun masa tu aku di semester akhir . maklum la sibuk ngan projek tahun akhir , assignment lagi , final exam jadi kami jarang bertemu. Kami sekadar berhubung dengan telefon dan mambalas e mail. Aku masih ingat kata – kata N. Dia terlalu menyayangi diri aku dan tidak sanggup kehilangan aku. Biasalah masa bercinta semuanya indah kan , pahit pun rasa manis

Akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian di Ipoh. Aku kembali duduk di KL dan mendapat kerja disana.

Aku diterima kerja sebagai juruteknik di salah sebuah kilang di Cheras. N pula sibuk dengan kuliahnya. Kami hanya berjumpa pada hujung minggu saja. Maklum la masing – masing sibuk dengan kerja. Lagipun N dan aku sudah merancang untuk bertunang. Jadi taklah risau sangat sebab ramai sangat lelaki yang nak kat dia. Aku pun tak tahu naper.

Sampai satu masa aku mula merasa perubahan pada diri N, aku ingat itu hanyalah perkara biasa sebab dia sibuk dengan kuliahnya dan aku sendiri faham. Aku pun pernah jadi student. Pada satu hari N memberitahu dia ingin pulang ke kampung. Lagi pun N jarang balik sejak belajar di KL. Aku tidak mengesyaki apa – apa. Lagi pun hubungan kami seperti biasa , tiada masalah langsung. Aku menghantar N ke stesyen bas dan masa tu la aku lihat N macam menyembunyikan sesuatu dari aku. Sebab N kelam - kabut sangat selalu tak pernah pun macam ni. Selepas N sampai di kampung , barulah N memberitahu aku hal sebenar. Ada orang datang merisik dan mak N menerimanya. N memberikan alasan tidak mahu melukakan hati maknya. Lagipun orang yang merisik tu kawan mak nya sendiri. Bagai halilintar membelah bumi , entah apa yang aku rasa masa tu..tak tahu cam ner aku nak terangkan. Pedih dan perit. Lebih – lebih lagi di saat aku terlalu memerlukan dirinya.

Begitu mudah sekali keputusan dibuat tanpa memikirkan perasaan orang lain. Aku tak tahu di mana salah aku atau kekurangan aku. Aku rasa seperti dibuang bagai sampah. Kebingungan aku dibuatnya. Puas aku cuba memujuk N tapi mungkin takdir Ilahi mahu begini dan N memberikan alasan tiada jodoh. Bagi aku bukan begini caranya.

Sampai ke hari ini , aku dengan hidup aku dan N dengan hidup dia.Kami masih berkawan. Tapi apa guna kalau segala kenangan cinta kami masih menghantui diri aku. 3 tahun bukan satu masa yang singkat. Terlalu banyak memori cinta kami. Masa inilah kawan – kawan aku banyak membantu aku. Aku sayangkan mereka semua.

Jadi disini , bukan aku nak semua users bersimpati pada diri aku. tapi untuk sekadar berkongsi kisah hidup aku. Disini aku belajar , kita akan lebih menhargai seseorang itu apabila kita sudah kehilangannya.

“cinta tidak akan datang jika tidak mencari ,
cinta tidak akan wujud jika tidak memberi ,
hidup tanpa cita – cita bukan cinta namanya" ,
jadi hargai seseorang dengan sepenuh rasa cinta”

wassalam




p/s : kalau aku,,,x sanggup n senang2 ja tinggal orang yang sayang aku =)

No comments: