Nov 12, 2011

hanya kerana wuduk...





"saya susah untuk bertemu dengan orang yang lebih rendah(fizikal) daripada saya. Hari ini dah berjumpa",tegur seorang tua 'mat salleh' kepada saya ketika saya sedang membelek sebuah foto di ruang pameran Muzium Kesenian Islam.

"are you muslim?"tanya saya. "ya, saya muslim". saya kawin dengan perempuan melayu pahang,"katanya fasih berbahasa melayu

selepas pertemuan itu saya telah menjejakinya di sebuah kediaman yang telah membongkar siapa 'mat saleh' itu sebenarnya.

dia ialah dato'prof dr.haji rudi salinger,pemilik rumah tradisional melayu yang memenangi anugerah aga khan(1998),sebuah pengikhtirafan dunia kepada pencinta seni tradisi.sebelumnya.anak kelahiran perancis ini adalah profesor di universiti kebangsaan malaysia. tanpa menyerlahkan siapa dirinya yang sebenar, dato' rudi melayani saya sebagai seorang cucu.

dia menetap di malaysia sebelum merdeka. kecintaanya pada seni kraftangan dan budaya melayu menyebabkan dia terus berada di sini. isteri pertamanya meninggal dunia di sini, lalu dia berkahwin dengan gadis melayu.

"allah anugerahkan saya tangan yang boleh buat macam-macam kerja termasuk memasak,"ujarnya yang mahu menyediakan masakan istimewa untuk saya.

kala menyantapi makanan,kami berbual mesra. "bagaimana dato' boleh tertarik dengan islam?"tanya saya.

dia mengelap air mata. soalan itu mengharukan dirinya..

"saya melihat rakan sekerja mengambil wuduk di sinki,hati saya pelik dengan dengan teman ini. dia menjaga agamanya walau di mana pun dia berada. saya juga berkesempatan menghadiri upacara pengebumian jenazah muslim. hati saya tersentuh melihat mayat yang dimandikan,diwudukkan,kemudian dikafankan dengan tertib. di situ minat mendalami islam telah tumbuh,"cerita dato'rudi ;bersyukur diberi hidayah oleh allah

masya-allah,siapa sangka,hanya dengan uswah ketertiban islam telah melunakkan seorang manusia untuk menjadi muslim.



~ummu hani abu hassan~

No comments: