Dec 24, 2011

apakah itu loh mahfuz?








Pada sebuah kitab/riwayat yang lain, “Ka’bul Akhbar”, bahawasanya Allah s.w.t yang pertama diciptakan adalah nyawa dan Roh . Kemudian para malaikat menjaga ‘Arasy.

Riwayat Sabid bin Jabir yang mashur berkata :
“Adalah bahawasanya Allah s.w.t menciptakan yang pertama itu Kalam dan Lauh serta tinta”

Sabda Rasulullah s.a.w:
“AWWALUL KHALQILLAHI TA ‘AALALQALAM”
Ertinya: Pertama dijadikan oleh Allah s.w.t adalah Kalam.

Maka riwayat lain pula, yang pertama itu adalah Kalam dan Lauh. Maka tersuratlah setiap barang sekaliannya yang akan dijadikanNya (yg. Sesuatu akan diciptakanNya dan sebagainya) sehingga hari kiamat. Kemudian Allah s.w.t menciptakan “DARATUL BAIDLO” mutiara putih. Lalu daripada mutiara putih itu diciptakan air dan diletakkan ‘Arasy di atas air. Kemudian diciptakan pula Kursi,Hawa, nyawa dan roh.

Pada kejadian Lauh Mahfuz, allah s.w.t menciptakan daripada mutiara putih dan kedua tepinya daripada Ya’kut merah warnanya bersinar dan kepalanya daripada Manikam. Jarak/besarnya di antara dengannya itu bagaikan langit dan bumi dan panjangnya antara Masyrik dan Maghrib/kutub utara dan kutub selatan. Tersuratlah segala nasib amal-amal manusia, untung baik dan untung jahatnya, amal baik dan amal buruknya dan sebagainya. Allahu a’lam bissawaab. Lauh Mahfuz itu dapat dilihat oleh Malaikat ‘Izrail hanya bahagian sebelahnya sahaja dan sebahagian lagi hanya Allah yang lebih mengetahuinya.

No comments: