Dec 4, 2011

jubah putih.....







jam hampir menunjukkan pukul 12 tengah malam...aku masih tak boleh tidur lagi waktu itu.tidak tahu mengapa mata nyh masih belum terlelap.mungkin kerana petang tadi aku tidur terlalu lama.jadi bila malam masa untuk semua orang tidur aku pulak jadi burung hantu...

tidak tahu nak buat apa.duduk bersendirian di ruang tamu beralaskan tilam kerana malam tuh aku kena tidur dekat luar bilik sebab aku duduk seorang diri.memandangkan aku ada class cuti nyh jadi aku ditinggalkan seorang diri dekat rumah tatkala keluarga aku yang lain sedang bergumbira di kampung.rasa takot mestilah ada.bohong la kalau aku cakap aku berani nak duduk sorang2 dekat rumah..bayangkan hampir pukul 12 malam aku masih tak boleh tidur..

tiba2 malam tuh aku tak tahu kenapa dan mengapa rasa sejuk sikit.mungkin rasa gementar bercampur sedih sedikit setelah aku melihat video mengenai "kisah pelajar uia bertemu dengan rasulullah dalam mimpi"..video nyh sebenarnya dah tengok,tapi malam itu rasa nak tengok lagi...jadi bila dah tgok video tuh waktu nak tidur tuh jadi terfikir-fikir pulak..bukan semua orang berpeluang nak berjumpa dengan rasulullah dalam mimpi...itu mungkin rezeki masing2 dengan segala amalan dan perintah allah yang dilakukan dengan baik di dunia ini...dalam video tuh ada mengatakan yang budak perempuan itu sungguh terharu tatkala rasulullah menyebut namanya.ini bermakna rasulullah mengenali umatnya.ingat kepada umatnya.tapi adakah kita sebagai umat rasulullah ingat pada baginda?

dalam video itu juga ada mengatakan yang rasulullah menangis dan beberapa titisan air mata nabi yang suci mengalir untuk umatnya.pelajar perempuan itu tidak pasti apakah baginda menangis kerana rindu akan umatnya atau sedih dengan umat akhir zaman ini..tak tahulah..wallahua'lam

mungkin dengan penceritaan dalam video nyh mampu membuatkan seseorang berfikir dan terfikir untuk berubah ke arah kebaikan..walaupun perubahan yang dilakukan tidak begitu ketara..kerana hanya allah yang tahu tentang niat seseorang itu bukannya manusia...kita berubah bukan untuk ditunjukkan kepada orang lain tetapi untuk kebaikan diri kita....










kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari...
kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat....
puas kita menangis mencari di mana matahari?
rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi...






p/s : jangan kita menghakimi seseorang itu daripada luarannya sahaja...kalau nak menghakimi seseorang itu kenali dalam2 siapakah dirinya? ~bukan ayat geram,cuma aku nak habaq ja~semua orang pernah buat salah..tapi tak salahkan kalau kita berubah ke arah kebaikan...

No comments: