Dec 24, 2011

peribahasa lawak...(rosak peribahasa kita)



#ke mana tumpah nye kuah kalau tidak ke bawah.

# siapa yang makan nangka dia yg dpt biji nangka.


 #pucuk di cite ismet ulam raja.


 #sepandai2 tupai melompat, akhirnya tak dpt masuk olimpik juga.


# sesal dahulu pendapatan sesal kemudian cukai pendapatan.


 #tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan.


 #tiada rotan pelempang berguna juga.


 #biar lambat asalkan tak cepat .


 #biar putih tulang jangan kuning gigi.


# DI mana ada gula di situ adalah gula-gula.


 #jauh dimata dekat di mata-mata.


 #kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.


 #carik2 bulu ayam lama2 jadi shuttlecock.


 #secupak takkan jadi 18 cupak


#gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggal dunia.


# sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula makanan di dalam mulut.


 #harapkan pagar pagar tak boleh diharap


 #habis madu sepah jgn di buang merata2


 #alang2 mandi biar guna sabun .


 #ayam terlepas tangan berbau ayam.


# berani kerana benar takut kerana penakut.


 #berapa berat mata memandang berat lagi seguni beras.


 #cubit paha kanan peha kiri tak rasa apa-apa pun.


# diam2 ubi berisi diam2 orang bisu .


# hendak seribu daya tak hendak tak apa .


# hidung tak mancung, gigi macam kereta sorong.


 #hidup segan mati ditanam.


 #ikut hati mati, ikut rasa merasa.


# ikut resmi padi semakin berisi semakin byk burung mari.


# kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada tangannya.


 #lembu punya susu cap teko dpt nama


 #patah tumbuh hilang report polis


 #sambil menyelam tengok kapal selam 35. sehari selembar benang lama2 benang habis.


 #jika kail panjang sejengkal beli le yg panjang sikit kalau nak mengail dilaut.(beli le pukat tunda lagi baik )


# membujur lalu melintang pukang.


# hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,lebih baik kalau hari tak hujan.


# sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut.


# kecil-kecil cili padi,kecil lagi biji cili.


 #kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah.



#alang2 menyeluk pekasam, biar sampai jadi masam.



#paku dulang paku serpih, paku dinding pucuk paku.


#kalau takut dilambung ombak, jangan cuba nak naik bot.


# air yang tenang jangan disangka tiada ikan.





















p/s : rosak der tapi memang lawak..tak tipu nyh betol..hahaha

No comments: