Jul 19, 2012

siapa tak nak pandai??







dalam pelajaran semua orang nak berjaya.lepas tuh kena lah usaha patribulimaratus kali ganda untuk mencapai kejayaan yang diidamkan sejak sekian lama *tongkat dagu senyum sorang-sorang...
semua orang nak pandai..pi la tanya budak-budak kelas tercorot dan terceret tuh confirm depa pon nak pandai..yela pandai masak,pandai main dam,pandai buat origami dan pandai mengaji *tunduk malu..

dan tak semestinya kalau kita nampak orang tuh dalam kelas tak berapa nak fokus,lepas tuh banyak main,suka kacau orang lain dan paling meluat tapi aku suka ialah tidur dalam kelas..bermakna dia nih tak pandai...tup-tup result dia mampu buat hang jerit 1 sekolah..*nak cakap dia meniru ka?? sedang hang tidur terbongkang tengah malam , dia pulak study..itu sebab result dia ha?????????????.tolong jangan pandang rendah dekat orang

dan tak semestinya orang yang paling pandai dalam kelas,yang disayangi guru,yang mengadap buku 23+1=24 jam dan pakai spek besaq sambil jalan perlahan tuh dah pasti-pastinya boleh cemerlang tinggi dalam pelajaran...

bukannya aku nak kondem orang yang main-main boleh berjaya dan yang study hard tak berjaya..bukan-bukan-bukan *goyang kepala sampai pening...belajarlah macam mana pon kalau niat belajar tuh ikhlas insya-ALLAH berjayalah ...tapi tolong la jangan pandang rendah sangat dekat orang ok..semua orang nak pandai dan ada cara tersendiri untuk pandai..jangan kita pandang luaran dia saja kita dah boleh buat satu konklusi yang kita sendiri tidak pasti sama ada ianya benar atau tidak..

doalah kita semua sama-sama berjaya..ilmu tuh jangan kedekut sorang ja..kongsi la dengan semua orang tak rugi mana pun..hang bertambah pandai lagi ada la..nak pergi U jangan pergi sorang angkut semua sekali pergi U sama-sama..kikikiki











jaritekan : tengok berapa orang frust bila cegu cakap kelas tambahan +math batal..macam mana boleh cakap best pulak kelas +math batal..semua nak belajar tambah-tambah exam dah dekat


No comments: