Feb 14, 2013

14 FEBRUARY 2013






 Ayat 1-4,surah al-Waqiah :
Apabila berlaku hari kiamat,tiada seorang pun yang dapat mendustakan kejadiannya.Kejadian hari kiamat itu merendahkan(golongan yang ingkar)dan meninggikan (golongan yang taat).(Ia berlaku)semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan.

 Ayat 13-15,surah al-Haqqah :
 Ketahuilah,apabila ditiupkan sangkakala dengan sekali tiup,bumi dan gunung-ganang diangkat(dari tempatnya)lalu dihancurkan kedua-duanya dengan sekali hancur.Maka,pada saat itu berlakulah hari kiamat.

 Ayat 14,surah al Muzammil :
 (Seksaan itu tetap berlaku)pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang(serta hancur lebur).Gunung-ganang itu menjadi timbunan pasir yang mudah bersepah.

Ayat 1-5,surah al-Zalzalah :
 Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,bumi pun mengeluarkan segala isinya.Lalu,berkatalah manusia(dengan perasaan gerun):Apa yang sudah berlaku kepada bumi?Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya.




Jaritekan : kadangkala kita terleka dengan mainan dunia…

No comments: