Oct 24, 2013

Aku Manusia.....


Assalamualaikum.



Dahulunya....


Aku Manusia,
yang tidak kuat dalam menghadapi ujian dan dugaan
yang mudah tersungkur sebelum jatuh
yang kadangkala lalai dalam suruhanNya
yang leka dengan permainan duniawi
yang mudah mengalirkan air mata apabila hatiku diusik
yang mudah menghakimi manusia tanpa periksa
yang bicaranya tidak sesopan senah di kampung
yang berjalan bagaikan gangster yang bajet taff
yang ketawanya menggerunkan burung hantu


Cukup...



Kini...

Aku Manusia,


yang cuba untuk kuat dalam menghadapi ujian dan dugaan,
yang cuba untuk tidak mudah tersungkur dahulu sebelum berjuang
yang cuba melaksanakan suruhanNya dengan sempurna
yang cuba mengurangkan melayani benda yang bersifat sementara
yang cuba untuk kentalkan hati dengan selawat dan zikir
yang cuba untuk tidak "jugdemental"
yang cuba untuk berbicara sesopan yang bisa
yang cuba untuk berjalan seayu yang mungkin
yang cuba untuk ketawa tidak seluas mulut gua




AKU
Tidak seMULIA KHADIJAH,
Tidak seTAQWA AISYAH,
Tidak seTABAH FATIMAH,
Bukan pula seKAYA BALQIS,
Apalagi seCANTIK ZULAIKHA,

Aku hanya WANITA akhir zaman
yang punya cita-cita menjadi..
WANITA YANG SOLEHAH..
~INSYAALLAH~






2 comments:

noly anna said...

:)
nnt free singgahla ke blog noly ye
www.nolyanna.blogspot.com

Naa D-Lah said...

believe youself mira... ^_^