Nov 20, 2013

Bertukar.

Assalamualaikum.




Waktu itu ketika aku melihat gadis itu menutup auratnya dengan sempurna.hati kecilku berkata "cantiknya" dan tiba-tiba terdetik untuk seperti itu suatu hari nanti.ya suatu hari nanti.


Detik demi detik berlalu.aku masih dengan cara aku.aurat aku tak terjaga.bukannya aku berpakaian terlalu seksi sehingga membuatkan seksa mata memandang tapi tudung yang aku pakai tuh masih singkat sana-sini sepertinya tidak cukup kain.senang cerita tak menutup bahagian dada.sarung tangan pun aku tak pakai.sekali angkat tangan nampak habis bulu roma baq hang.kaki aku tak payah cakap la kan.baju tuh kadang-kadang nampak sopan tapi hakikatnya yang lagi nyata ianya jarang.seksa la kot nuh.


Nak berubah tapi rasa macam belum bersedia.aku fikir sampai bila aku nak cakap belum bersedia kalau dari sekarang aku tak cuba untuk bersedia.nak biar rasa BERSEDIA tuh datang sendiri.memang tak la.berapa lama sangat aku nak hidup atas dunia ni pun aku tak tahu.mana la tahu esok-esok aku dah tak ada.macam mana??macam mana??aurat aku??apa aku nak jawab nanti??menyesal??berguna lagi ka saat itu??aku tak nak jadi bahan bakar api.kesian abah aku.


Aku cuba perlahan-lahan.ya perlahan-lahan.seperlahan siput habaq hang.cuba labuhkan tudung mula-mula.tutup bahagian dada tuh."panas weh labuh-labuh nih..".pujuk hati"tak pa sabaq sat.kalau nak dibanding dengan panas api neraka??memang tak lah kan".


aku pernah jugak terbaca yang tudung labuh itu bukan milik USTAZAH,actually milik MUSLIMAH.MUSLIMAH yang solehah.solehah itu bukan diwarisi,kita kena cari.


Lepas tuh aku pakai sarung tangan seterusnya sarung kaki.weh nak habaq sarung kaki sekarang comey-comey pelbagai pattern dan warna dan ianya sesuai digayakan walau di mana saja anda berada.**ok iklan**.lama-lama rasa macam ok.seronok.selamat.sejuk ja.tak terkata.


Aku mula dengan terpaksa.aku tahu aku ni degil ditambah pula dengan pemalas.tapi kali ni aku cuba pujuk hati,pujuk diri dan baling ego tuh jauh melangit untuk jatuh cinta dengan keindahan menutup aurat.akhirnya aku jatuh juga.alhamdulillah.lagi satu perangai aku tak berapa cantik juga.antaranya:


>sembang punya la kuat,belum tambah lagi dengan gelak dia.terbahak-bahak.burung hantu pun gerun ja dengar.

>makan!ini feveret abadi kita ok.jumpa ja.makan dengan lahap tanpa peduli keadaan sekeliling sehinggakan tidak tahu untuk mengatakan menikmati ke melantak.

>lagi..ummm.lupa da...dan komen aku ini






Tapi aku cuba untuk ubah perangai ni supaya cantik sikit la.hikhikhik. in sha Allah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

bila lagi kan~





jaritekan : tetiba rindu kawan karib saya..."amsyar".hihihi


1 comment:

Effy Fazira said...

nice
jom follow my blog
http://underwateredition.blogspot.com/