Nov 29, 2013

Sehidimiz Ahmad Ammar...

Assalamualaikum...




Sudah hampir sebulan Allahyarham Ahmad Ammar pergi meninggalkan kita.namun pemergiannya terasa seperti baru semalam beliau meninggalkan kita semua.kisahnya masih tidak luput dari ingatan aku dan aku berharap agar ianya kekal di ingatan kerana beliau pencetus semangat kepada semua anak muda serta masyarakat.


Saat pertama kali aku menonton video yang disediakan oleh GPTD-Ahmad Ammar Dalam Kenangan,aku terasa seperti baru bangkit dari tidur yang lena.ya lena dengan hiburan dunia.lena dengan kehebatan permainan dunia sehinggakan aku alpa dengan bekalan akhirat.sepanjang aku hidup apa saja yang aku lakukan kepada diri?kepada masyarakat?kenapa negara?apa ada aku korbankan masa,hidup dan harta ke arah kebaikan?Allahuakbar.air mata mulai membasahi pipi.Ya Allah sungguh,aku berasa sangat terharu dan terkesan dengan beliau.pemergian beliau telah menghidupkan banyak jiwa.ya jiwa!.jiwa yang leka.jiwa yang lalai.jiwa yang tercari-cari ketenangan.jiwa yang hampir rebah.




Pada 2 november 2013,beliau telah terlibat dalam kemalangan jalan raya apabila dilanggar sebuah ambulan ketika melintas jalan raya,kaki beliau tergelincir memandangkan jalan raya yang memang agak licin.Asy-Syahid Ahmad Ammar ketika itu dalam perjalanan ke rumah mahasiswa baru Malaysia dan Pattani untuk memberi sedikit pengisian tentang Risalah i-Nur.jenazah beliau selamat disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn yang turut menempatkan sahabat Nabi S.A.W,Abu Ayub Al-Ansari r.a.hebatnya beliau sehingga dimuliakan di sisi para sahabat.


Hampir setiap hari aku menonton video beliau.semakin hari semakin tabah.empangan air mata ini semakin mampu bertahan dari pecah.beliau memberikan aku semangat.saat aku leka dengan dunia,aku mengimbas kembali kehidupan beliau nescaya aku bangkit untuk memperisikan kehidupan aku dengan amalan-amalan serta perkara-perkara yang baik.nak jadi macam ammar.nak jadi macam ammar.*macam yang adik aku cakap.videonya sungguh terkesan sehinggakan adik lelaki aku berusia 7 & 9 tahun ingin menjadi sepertinya.In sha Allah.






"Dunia ini untuk berjuang dan untuk penat.Kita rehatlah bila mati nanti di syurgaNya."
(Ahmad Ammar Ahmad Azam)





Ahmad Ammar tenanglah dikau di sana














"Andai aku syahid,kebumikan aku di pinggir Constantinople.Agar pada suatu hari nanti,apabila aku mendengar tapak kaki kuda tentera Islam di atas kuburku,tahulah aku bahawa janji Nabi telah tertunai!".

-Abu Ayyub al-Ansari r.a 44H-























jaritekan : biar fesyen oldskul tak trendy, iman tebal cintai nabi =)

No comments: