Mar 1, 2014

TERSEDAR ^ ^ ^


Assalamualaikum...



suatu hari di dewan sekolah,sedang asyik bersembang tiba-tiba azan berkumandang.semua pelajar tingkatan 6 yang berada di situ diam seketika bagi menghormati panggilan ilahi.


tidak jauh dari aku,sekumpulan pelajar perempuan bersuka-ria.seronok sangat sembang sampai tak sedar semua orang diam.entah apa yang mereka bualkan.


bersebelahan dengan aku,ada 2 orang pelajar berbangsa cina.melihat pelik ke arah kumpulan pelajar perempuan tadi.lalu menegur

"kenapa awak semua bising...awak tak hormat azan ka??..orang lain semua diam"


mendengarkan itu,sekumpulan pelajar tadi mula terdiam.mungkin terpukul dengan kata-kata tuh.orang cina tegur orang melayu yang agamanya islam suruh diam bagi menghormati azan,yang sepatutnya kita ini sebagai islam lebih tahu mengenainya.tapi entah di mana silapnya kita masih buat-buat tak tahu.tak kisah.tidak ambil berat.menggangap seruan azan itu seperti sesuatu yang tidak bererti.


kita hidup dalam masyarakat majmuk.yang dikelilingi manusia yang berbilang kaum,agama dan bangsa.tingkah laku kita,adab kita,perlakuan kita,percakapan kita mahupun gerak geri kita.semuanya diperhatikan orang sekeliling.kita tau apa jenis makanan depa.depa tau apa jenis makanan kita.kita tau cara hidup depa.depa tau cara hidup kita.macam mana tau...DENGAN MEMERHATI.


tinggal di sebuah negara yang status rasmi Islam diiktiraf.di mana orang tahu masjid-masjidnya akan berkumandang azan sebanyak lima kali sehari.di mana orang tahu pakaiannya menutup aurat.di mana orang tahu percakapannya ditutur dengan sopan.di mana orang tahu adabnya dipandang mulia.


tapi,malu rasanya

saat azan maghrib berkumandang,masih ada lagi dengan muka relax + cool yang makan-makan kat restoran mahupun kedai tepi jalan.sembang-sembang sampai habis waktu.maghrib??lebuq.  ada yang memerhati.malu~~


malu rasanya

saat seorang lelaki dan seorang perempuan yang bukan mahram berpegangan tangan.seronok kata mereka.ada nikmat kononnya.  ada yang memerhati.malu~~


kita ini bilanya rakan kita tegur/bagi nasihat kita bukannya mau dengaq sangat.rasa macam tak sampai apa yang dia tegur tuh.tak menusuk sanubari mahupun menikam kalbu.tak sentap.tak sedaq.tak terpukul.tak terkesan.

tapi bila orang lain yang agamanya bukan islam tegur

"azan kan??kenapa you bising.tak hormat ka?"

"lelaki dengan perempuan mana boleh sentuh ma..dalam agama you itu kan berdosa"


terasa.malu.ni bukan saja menusuk sanubari.rasa dah tertusuk dalam sangat dah.


ya.kita manusia sering alpa,leka serta lalai.jadi mulai saat dan detik ini.aku,kau,kau,kau dan kau ayuh sama-sama kita melakukan perubahan..


seorang kawan cina tanya :

c : kenapa you pakai handsock?

a : ow.tengok nih kalau i angkat tangan kain baju di tangan i pun jatuh sekali.nampak la aurat i.

c : ow.i understand now.

a : ..(senyum)....*dia memerhati







jaritekan : banyak lagi ilmu agama yang perlu digali.tak kira sedalam mana pun.gali jugak.selagi masih bernyawa.



No comments: