Apr 23, 2014

Muslimah itu..

Assalamualaikum..





perkongsian dari laman sosial~







Muslimah itu,


terkadang gelak kuat tak terhenti,
terkadang juga minum berdiri,
terkadang sebelum tidur terlupa baca doa tidur & ayat kursi,
terkadang pakai stoking dimulai kaki kiri,
terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa disedari.


Muslimah itu,


terkadang gembira sampai terlompat terkinja,
sambil tersenyum tayang gigi,
terkadang menitis air matanya laju tak terperi,
terkadang terasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi,
terkadang rasa marah menguasai diri,
sampai nak lempang orang tuh laju-laju without mercy,



Muslimah itu,

adalah manusia biasa,
yang tak lari dari segala perasaan,
sebagai manusia,
yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba,
yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya,
yang tak lari dari buat khilaf dan dosa.


kerana apa?

kerana dia juga manusia biasa,
apa-apa pun,yang pastinya,
muslimah itu sentiasa bangkit bila jatuh,
sentiasa cuba gembirakan hati orang lain walau hatinya sendiri remuk,
sentiasa cuba nak improve diri,
dari semasa ke semasa tanpa henti,
walau terkadang dia tersungkur,
itu bukan kerana dia lemah,
tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula,
jadi kuat dari sebelumnya,
kerana dia berusaha untuk menjadi bidadari dunia,
dan juga di akhirat sana..

in sha Allah :)



jaritekan : manfaatkan cuti sem sehabis baik.

No comments: