May 13, 2014

Semalam (,) hari ini


Assalamualaikum..



sudah lama rasanya aku tidak meluangkan masa dengan penciptaku,
sudah lama rasanya aku tidak membasahi lidahku dengan zikir dan selawat,
sudah lama rasanya aku tidak bersujud lama kepada penciptaku,
sudah lama rasanya air mata ini tidak mengalir kerana menginsafi dosa,
sudah lama rasanya hati ini tidak mensyukuri nikmatNya,
sudah lama rasanya aku meninggalkan kalamMu,
sudah lama rasanya aku tidak mengamalkan sunnah mahupun keperibadian kekasihMu..


Allah..

sesungguhnya aku merinduiMu..

sesungguhnya aku merindui kekasihMu..




***************


Jika semalam hidup dipenuhi dosa,
Hari ini bertindak dipenuhi pahala.


Jika semalam meninggalkan solat,
Hari ini bertindak penuhkan waktu.


Jika semalam ikhtilat tidak terjaga,
Hari ini bertindak untuk menjaganya.


Jika semalam melukai hati manusia,
Hari ini bertindak menjaga hati manusia.


Jika semalam aurat terdedah,
Hari ini bertindak menutupnya.


Jika semalam bicaranya lagho,
Hari ini bertindak diam,bicara bila perlu.


Jika semalam malas,
Hari ini bertindak ringan tulang.


Jika semalam hiburan terlebih,
Hari ini bertindak ibadat terlebih.




kadangkala air mata ini menitis,mengenangkan dosa..
banyak lagi yang perlu dipelajari,digali,diambil pengajaran..


bicara orang, solehahnya diriku
mungkin kerana penampilanku sedikit sebanyak mempengaruhi minda mereka
berpakaian longgar dan labuh ~~solehah (,) alim
suka.suka mendengarnya


hakikatnya,aku tertunduk lama
mengenangkan diri ini.
penampilanku tidak seiring perlakuanku
ya.menutup aurat itu satu kewajipan
perlakuanku??solehahkah aku??


adakah hari-hariku dekat dengan penciptaku?

adakah hari-hariku dipenuhi dengan kebaikan?

adakah hari-hariku dipenuhi dengan kebaikan?

adakah hari-hariku diredhai Allah?

adakah hari-hariku mengamalkan sunnah Rasulku?

adakah hari-hariku memberi manfaat mahupun sinar buat yang lain?

apa aku menjaga bicaraku,tingkahlakuku,ikhtilatku,adabku?

apakah bicaraku mendatangkan manfaat buat sekalian manusia?



Allahu :'(






Nak tahu kekurangan dan kelemahan kita,

tidak perlu lihat cermin,

sebab pantulannya tetap sama.

Tapi bandingkan diri kita dengan orang-orang alim,

yang dekat dengan agama,

yang dekat dengan Allah.

Nilai akhlak kita dengan mereka.

Nilai ilmu kita dengan mereka.

Di situ kita boleh nilai sejauh mana kekurangan dan

kelemahan kita.
-haslinda alias-












jaritekan : selama diberi peluang untuk hidup,berfikirlah dan buatlah persiapan untuk menuju ke tempat yang abadi selamanya






Apr 23, 2014

Muslimah itu..

Assalamualaikum..





perkongsian dari laman sosial~







Muslimah itu,


terkadang gelak kuat tak terhenti,
terkadang juga minum berdiri,
terkadang sebelum tidur terlupa baca doa tidur & ayat kursi,
terkadang pakai stoking dimulai kaki kiri,
terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa disedari.


Muslimah itu,


terkadang gembira sampai terlompat terkinja,
sambil tersenyum tayang gigi,
terkadang menitis air matanya laju tak terperi,
terkadang terasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi,
terkadang rasa marah menguasai diri,
sampai nak lempang orang tuh laju-laju without mercy,



Muslimah itu,

adalah manusia biasa,
yang tak lari dari segala perasaan,
sebagai manusia,
yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba,
yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya,
yang tak lari dari buat khilaf dan dosa.


kerana apa?

kerana dia juga manusia biasa,
apa-apa pun,yang pastinya,
muslimah itu sentiasa bangkit bila jatuh,
sentiasa cuba gembirakan hati orang lain walau hatinya sendiri remuk,
sentiasa cuba nak improve diri,
dari semasa ke semasa tanpa henti,
walau terkadang dia tersungkur,
itu bukan kerana dia lemah,
tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula,
jadi kuat dari sebelumnya,
kerana dia berusaha untuk menjadi bidadari dunia,
dan juga di akhirat sana..

in sha Allah :)



jaritekan : manfaatkan cuti sem sehabis baik.

Mar 1, 2014

TERSEDAR ^ ^ ^


Assalamualaikum...



suatu hari di dewan sekolah,sedang asyik bersembang tiba-tiba azan berkumandang.semua pelajar tingkatan 6 yang berada di situ diam seketika bagi menghormati panggilan ilahi.


tidak jauh dari aku,sekumpulan pelajar perempuan bersuka-ria.seronok sangat sembang sampai tak sedar semua orang diam.entah apa yang mereka bualkan.


bersebelahan dengan aku,ada 2 orang pelajar berbangsa cina.melihat pelik ke arah kumpulan pelajar perempuan tadi.lalu menegur

"kenapa awak semua bising...awak tak hormat azan ka??..orang lain semua diam"


mendengarkan itu,sekumpulan pelajar tadi mula terdiam.mungkin terpukul dengan kata-kata tuh.orang cina tegur orang melayu yang agamanya islam suruh diam bagi menghormati azan,yang sepatutnya kita ini sebagai islam lebih tahu mengenainya.tapi entah di mana silapnya kita masih buat-buat tak tahu.tak kisah.tidak ambil berat.menggangap seruan azan itu seperti sesuatu yang tidak bererti.


kita hidup dalam masyarakat majmuk.yang dikelilingi manusia yang berbilang kaum,agama dan bangsa.tingkah laku kita,adab kita,perlakuan kita,percakapan kita mahupun gerak geri kita.semuanya diperhatikan orang sekeliling.kita tau apa jenis makanan depa.depa tau apa jenis makanan kita.kita tau cara hidup depa.depa tau cara hidup kita.macam mana tau...DENGAN MEMERHATI.


tinggal di sebuah negara yang status rasmi Islam diiktiraf.di mana orang tahu masjid-masjidnya akan berkumandang azan sebanyak lima kali sehari.di mana orang tahu pakaiannya menutup aurat.di mana orang tahu percakapannya ditutur dengan sopan.di mana orang tahu adabnya dipandang mulia.


tapi,malu rasanya

saat azan maghrib berkumandang,masih ada lagi dengan muka relax + cool yang makan-makan kat restoran mahupun kedai tepi jalan.sembang-sembang sampai habis waktu.maghrib??lebuq.  ada yang memerhati.malu~~


malu rasanya

saat seorang lelaki dan seorang perempuan yang bukan mahram berpegangan tangan.seronok kata mereka.ada nikmat kononnya.  ada yang memerhati.malu~~


kita ini bilanya rakan kita tegur/bagi nasihat kita bukannya mau dengaq sangat.rasa macam tak sampai apa yang dia tegur tuh.tak menusuk sanubari mahupun menikam kalbu.tak sentap.tak sedaq.tak terpukul.tak terkesan.

tapi bila orang lain yang agamanya bukan islam tegur

"azan kan??kenapa you bising.tak hormat ka?"

"lelaki dengan perempuan mana boleh sentuh ma..dalam agama you itu kan berdosa"


terasa.malu.ni bukan saja menusuk sanubari.rasa dah tertusuk dalam sangat dah.


ya.kita manusia sering alpa,leka serta lalai.jadi mulai saat dan detik ini.aku,kau,kau,kau dan kau ayuh sama-sama kita melakukan perubahan..


seorang kawan cina tanya :

c : kenapa you pakai handsock?

a : ow.tengok nih kalau i angkat tangan kain baju di tangan i pun jatuh sekali.nampak la aurat i.

c : ow.i understand now.

a : ..(senyum)....*dia memerhati







jaritekan : banyak lagi ilmu agama yang perlu digali.tak kira sedalam mana pun.gali jugak.selagi masih bernyawa.